Home Berita PAS Perak

“Orang Bagan Serai Cerdik-Cerdik” – YB Razman

501
SHARE

“ORANG BAGAN SERAI CERDIK-CERDIK” – YB RAZMAN

BAGAN SERAI, 15/07/2020, 7.30am-

YB Tuan Haji Razman Zakaria berkenan melawat Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol (SKGS) sempena pembukaan kelas pembelajaran bagi darjah 5 dan 6 yang mula dilaksanakan hari ini bagi peringkat sekolah rendah manakala pembelajaran bagi semua peringkat termasuk tingkatan 1 2 3 dan 4 bagi kategori Sekolah Menengah turut dibuka berbanding hanya tingkatan 5 dan 6 yang dibenarkan sebelum ini

Lawatan yang diiringi timbalan pengarah PPD Kerian Tuan Haji Fisal Syafi’i turut meninjau suasana dan keadaan pembelajaran yang sedang berjalan. Hasil penerangan dari guru besar sekolah Cikgu Azmi Sadar dan dapatan lawatan menunjukkan SOP baharu bagi penjarakan pembelajaran dalam kelas iaitu satu meter dari bahu ke bahu telah mengatasi masalah kekurangan tempat atau bilik darjah untuk menampung keseluruhan pelajar.

Sebaik tamat program di sekolah tersebut YB Haji Razman yang juga Exco Pendidikan Perak bersama timbalan pengarah PPD Kerian meneruskan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol (SMKGS) yang terletak lebih kurang 2 km dari lokasi Sekolah Rendah.

Ketibaan di SMKGS disambut pengetua sekolah puan Rohana Ahmad. Dalam lawatan ini YB dibawa meninjau sesi yang sedang berlangsung untuk menilai sendiri keadaan dan suasana sebenar pembelajaran dalam pasca pemulihan ‘covid-19’.

Di kesempatan ini YB turut memberikan kata-kata motivasi sebagai satu suntikan semangat untuk pelajar berusaha ke arah kecemerlangan.

“Pak Teh Ucap Selamat belajar semua. Yang pertama, untuk menjadi motivasi orang Bagan Serai ni !. Orang Bagan Serai ni cerdik-cerdik!

“Ni nak kata ni, penasihat ekonomi negara dari zaman Najib sampai ke la (sekarang) ni…, penasihat ekonomi negara ni orang Bagan Serai !!. Tan Sri Nor Azlan, adik kepada ahli parlimen kita ni !, Datuk Dr Noor Azmi” ujar Razman ketika menyantuni pelajar tingkatan satu kelas 1T.

Satu petikan yang sangat menarik diucapkan oleh YB apabila beliau memuji penduduk Bagan Serai dengan mengaitkan penasihat ekonomi negara Tan Sri Noor Azlan Ghazali iaitu adik kepada ahli parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi sebagai satu petunjuk bahawa masyarakat di Bagan Serai terdiri daripada masyarakat atau penduduk yang mempunyai otak yang cerdik.

Sebelum ini YB Haji Razman yang lebih mesra dipanggil Pak Teh itu sering juga mengaitkan kecerdikan penduduk dengan seorang Genius Matematik yang turut berasal dari Bagan Serai iaitu Adi Putra Abdul Ghani yang popular satu ketika dahulu.

Program berakhir dengan lawatan ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Hidayah yang merupakan sebuah institusi pra sekolah yang terletak di Jalan Kubu Gajah, Semanggol.