Home Berita PAS Wilayah

Operasi Pemotongan Dan Mencantas Dahan Pokok Sekitar Bandar Baru Sentul

1228
SHARE

BATU : Kontraktor yang dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan kerja-kerja memotong dan mencatas dahan pokok di sekitar Bandar Baru Sentul, baru-baru ini.

Tindakan ini adalah rentatan dari beberapa siri aduan yang telah dibuat oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 1.

Keadaan pokok yang merimbun terutama di kawasan UTC Sentul dan Masjid Al Amru dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk dan menyebabkan kemusnahan harta benda.

Sebelum ini beberapa dahan pokok telah patah dan menyebabkan kerosakkan pada kereta penduduk.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, tetapi pihak MPP memandang serius masalah ini kerana ia tetap mendatangkan kerugian kepada pemilik kereta.

MPP Sub Zon 1 mencadangkan agar DBKL membuat penjadualan berkala bagi operasi pemotongan dan mencantas dahan-dahan pokok supaya ia sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan sebarang bahaya.

MPP Sub Zon 1 merakamkan ucapan terima kasih kepada Pihak Dewan Bandaraya atas operasi tersebut.