Home Artikel PAS Selangor

Okey Saya Mengalahkan – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

336
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

“Okey, saya mengalah”, kata Saidina Husin.

Seterusnya Saidina Husin membai’ah (mengakui dan menyokong) Muawiyah bin Abi Sufyan menjadi Khalifah. Lalu diikuti oleh semua orang. Sekalipun ada sebahagian penduduk negeri lain tidak bersetuju dengan tindakan Saidina Husin namun akhirnya demi perpaduan ummah akhirnya semua bersetuju mengiktiraf Muawiyah menjadi khalifah.

Saya ulang demi perpaduan ummah akhirnya semua bersetuju mengiktiraf Muawiyah menjadi khalifah.

Kisah ini sangat signifikan bagi ummat Islam – dulu, kini dan selamanya betapa perpaduan ummah apabila menjadi keutamaan semua bisa didamaikan.

Kisahnya begini; Saidina Husin telah dilantik oleh orang negerinya (Iraq) menjadi khalifah (ketua negara) bagi ummat Islam setelah kematian Saidina Ali (r.a.). Iraq adalah ibu negeri Islam pada ketika itu. Namun, di suatu negeri yang lain (Syria dan Mesir), penduduk di sana melantik Muawiyah menjadi khalifah. Jadi ummat Islam punyai dua khalifah. Dua khalifah bagi satu ummah adalah luar biasa!

Buka setakat luar biasa malah ditegah oleh agama.

Sejarah pertembungan Ali dan Muawiyah memang tajam. Sebab? Perbezaan pandangan. Lama juga masanya. Pertembungan Ali – Muawiyah bukan pertembungan besya-besya. Pertembungan itu sampai ke pertumpahan darah.

Sedih dan mengecewakan. Ummat Islam bertelagah sesama sendiri dan yang untung musuh.

Justeru, pertembungan itu wajib diberhentikan dan itulah yang dibuat oleh Saidina Husin.

Demi perpaduan ummah, demi memberhentikan pertelagahan sesama sendiri dan demi mengelak musuh-musuh memperkukuh diri just put a stop!

“Okey, saya mengalah”.

Hasilnya negara Islam hanya punya satu khalifah berpuluh abad lamanya. Alhamdulillah.

Jadi jom hentikan perbalahan sesama sendiri demi perpaduan ummah.

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor