Home Kenyataan Media PAS Kedah

Operasi kilang arak ditutup terima kasih kerajaan PN

220
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
4 Jun 2021 | 23 Syawal 1442H | Jumaat

OPERASI KILANG ARAK DITUTUP :
TERIMA KASIH KERAJAAN PN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan sekalung tahniah buat Kerajaan Perikatan Nasional di atas keputusan tidak membenarkan operasi arak dibuka sepanjang tempoh lockdown ini.

Kami senada dengan kenyataan pimpinan PAS Pusat menentang operasi kilang arak terutama dalam situasi Lock down dan wabak yang semakin menular.

Pihak kami juga maklum terhadap kewujudan tularnya sepucuk surat yang memberi kebenaran beroperasi kepada pengilang arak dan belum lagi ada penafian dibuat terhadap penularan surat tersebut sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Kami merasakan keputusan yang tepat dari kerajaan yang melupakan sama sekali kilang arak sebagai essential kerana ia bukan keperluan malah penyumbang mudharat kepada sosial tanpa mengira agama bangsa dan latar belakang.

Jika dalam suasana biasa pun kami berpandangan arak itu haram inikan pula disaat ramai pengusaha PKS menutup premis akibat lock down kilang arak pula yang beroperasi.

Sebelum ini kita berdukacita apabila ada kluster Covid-19 berasal dari pusat perjudian Genting Highland yang beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 ini.

Hal kasino misalnya sehingga didesak ramai pihak dan tular kluster covid kasino barulah diumum semua operasi membabitkan kasino di pusat peranginan Genting Highlands, Bentong ditutup sepenuhnya bermula tengah malam 24 Mei 2021.

Bukankah tiada keperluan kasino beroperasi dalam PKP? Kami sebagai sayap parti Islam menasihati kerajaan agar dalam tempoh ini, tempoh umat manusia diuji dengan bala bencana yang berat ini, Kerajaan khususnya MITI perlu sensitif dan peka dengan hal yang melibatkan kemurkaan Allah.

Segala polisi yang bercanggah dengan moral, SOP dan keperluan rakyat yang jika dilakukan hanya akan mengundang padah, serta menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Kerajaan dalam usaha melandaikan lengkung pandemik COVID-19.

Buatlah keputusan dengan baik dan terus kekalkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kita.

Lindungi diri, lindung semua.

Yang Benar,

Ustaz Nasrun Othman
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

#KitaJagaKita
#JomVaksin
#SelfLockdown
#MemimpinNegara