Oleh : Anna Tan. 12 Julai 2022
Tawau : Kegembiraan jelas terpancar pada wajah 3 oku , di sini, kelmarin, apabila menerima daging korban yang diagihkan kepada mereka pada Isnin sempena Hari Raya Aidil Adha.
Mereka adalah antara keluarga asnaf terpilih yang menerima korban daripada 10 ekor lembu melalui Program Ibadah Korban PAS Kawasan Tawau.
Program itu adalah kerjasama PAS Tawau, UPAYA , ngo serta orang perseorangan yang menyertai ibadah anjuran PAS Kawasan Tawau
Timbalan 3, Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah, Unit OKU, Ustaz Rosli Hasan berkata kebajikan golongan OKU tidak dipinggirkan.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Unit Pengupayaan OKU (UPAYA) PAS Tawau berkata, selain Kebajikan, dakwah serta pendidikan kepada golongan OKU juga sentiasa menjadi agenda utama UPAYA.
UPAYA PAS Tawau telah mengadakan kelas mengaji dan fardu ain kepada golongan ini di Tawau dan turut membuka kelas mengaji braille untuk Oku penglihatan di Semporna.
Rosli berkata dengan memperkenalkan ayat al-quran melalui langkah pertama membaca iqra’ braille, pelajar akan lebih mudah menunaikan ibadah solat dan ibadah-ibadah lain.
Dalam agihan tersebut 130 kg daging telah diagihkan ke kampung-kampung sekitar Tawau .
Antara Kampung yang menerima adalah Kg Airport Lama, Membalua, Andrassy, Kg Batu 15.