Home Berita PAS Wilayah

Ibadah korban PAS Wangsa Maju disambut meriah. 

38
SHARE

Oleh : Muhamad Abdul Fateh

Foto : Aizat Amni

WANGSA MAJU 12 Julai: PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama Surau Madinah, Kampung Setia Jaya mengadakan program korban setiap tahun demi memenuhi tuntutan ibadah serta untuk membantu golongan yang ingin melaksanakan ibadah korban.

Menurut pengarah program, Abdul Majid berkata, sebanyak 2 ekor telah dilaksanakan secara bergotong-royong.

“Daging korban ini akan diagihkan kepada anak kariah dan terima kasih kepada peserta-peserta korban yang masuk setiap tahun serta tidak dilupakan kepada petugas-petugas yang hadir bergotong-royong, terima kasih,” katanya.

“Aktiviti dakwah dan kemasyarakatan seperti ini dilihat sebagai salah satu mekanisme yang baik dalam mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung, sekaligus dapat menerapkan nilai-nilai penghayatan dan kefahaman terhadap agama Islam,” ujarnya yang juga penyelaras utama program.

Para petugas yang terlibat membantu kelancaran perjalanan program ialah ahli Dewan Pemuda PAS, Dewan Ulama dan Jabatan Amal Wangsa Maju.

Turut hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Haji Azhar Omar, Naib Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Izamuddin Bin Ludin, Pengarah JPRP, Haji Puzi Ahmat, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju, Muhd Nur Azmi Yusuf, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi Mamut dan jawatankuasa Surau Madinah.