Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Nuzul Quran Inspirasi Penyatuan Ummah

90 views
SHARE

17 Ramadan 1440H bersamaan 22 Mei 2019 merupakan hari memperingati penurunan al-Quran atau Nuzul Quran. Al-Quran merupakan mukjizat agung yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan kitab terakhir yang diturunkan dan menjadi panduan buat umat akhir zaman. Ia merupakan kitab yang sentiasa relevan untuk digunakan oleh semua manusia tanpa mengira masa dan tempat.

Umat Islam seharusnya menjadikan Nuzul Quran sebagai peristiwa inspirasi dalam agenda penyatuan ummah, kerana al-Quran menuntut kita untuk bersatu aqidah dan fikrah, berpaut pada tali-Nya, dan bersama-sama menyeru perkara kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Salam Nuzul Quran dari kami, Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban.