Home Berita PAS Wilayah

Nuridah kekal Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan

231
SHARE

KUALA LUMPUR: Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatankuasa itu, kelmarin.

Keputusan rasmi pemilihan itu diumumkan oleh wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin.

Azmer Syazwan berkata, turut menang tanpa bertanding ialah Dr Rosni Adam bagi jawatan Timbalan Ketua, Khairuizzah Helmi Azhar selaku Pengerusi Tetap dan dua orang Pemeriksa Kira-Kira, Siti Aisyah Fadzil dan Noor Hassida Darus.

Manakala bagi jawatan Naib Ketua dan Timbalan Pengerus Tetap, pencalonan dan pengundian telah dijalankan semasa sidang Muktamar dengan keputusan Zurina Din sebagai Naib Ketua dan Siti Nur Fatimah Hassan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Sementara itu, 10 calon yang mengisi jawatankuasa Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ialah:

1. Dr Nur Hikmah Ramli
2. Dr Nur Faizah Muhammad
3. Dr Nurul Faiza Musa
4. Dr Salmah Abd Rahman
4. Liza Syuhada Taufik
5. Mardhiah Hayati Zolkeplai
7. Marjan Hidayah Amir
8. Nurul Awatif Fasihah Abdul Halim
9. Salbiah Abd Wahab
10. Ustazah Nadiah Abd Rahman

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Ke-40 telah diadakan pada 26 Mac 2023 di Hotel Adamson, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Pusat, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.