Home Berita PAS Wilayah

Nostalgia Tertubuh PAS Bukit Bintang 33 tahun lalu

1402
SHARE

Kuala Lumpur – Malam Jumaat 9 Mac suasana di rumah 33 Jalan Amzil kelihatan terang benderang dan meriah. Setiap ruang di rumah YDP Bt Bintang itu dipenuhi oleh ahli-ahli mesyuarat dan perwakilan serta pemerhati. Kebetulan tidak jauh dari situ sedang berlangsung ceramah perdana PAS Batu meraikan kejayaan mendapatkan semula markaz kawasan yang dirampas oleh PAN. Mereka semua tekun memberi tumpuan pada ucapan perasmian oleh Pengerusi Assabiqun PAS Pusat Haji Subky Latif.

Hj Subky mengambil kesempatan mengingat nostalgia penubuhan PAS Bt Bintang pada Mesyuarat Agungnya yang ke 33. Beliau penuh semangat menceritakan kembali terhadap usaha-usaha jasawan PAS terdahulu yang berjasa istiqamah membangunkan PAS Bt Bintang. Tempoh 33 tahun yang merupa hampir separuh usia PAS dari tarikh tertubuhnya jemaah Islam yang kemas berorganisasi pada tahun 1951. PAS Bt Bintang bermula lebih awal sebelum penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1972 tegas beliau lagi. Sebelum itu dikenali dan didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai cawangan Kuala Lumpur Bandar.

Beliau juga melahirkan kesyukuran dan rasa kagum di atas usaha-usaha almarhum Ustaz Othman dan isterinya almarhumah Ustazah Hayati bertungkus lumus membina PAS Bt Bintang dengan sokongan almarhum Ustaz Abdul Jalil Safuan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan kira-kira 46 tahun yang lalu. Antara tujuan Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika itu menyokong tertubuhnya PAS Bt Bintang ada untuk menunjukkan pada masyarakat bahawa orang-orang PAS wujud di mana-mana ceruk rantau negara ini baik di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar besar dan ibukota Kuala Lumpur.

Seterusnya Haji Subky mengakhiri ucapanya dengan saranan agar kita menghargai jasa-jasa para Assabiqun yang istiqamah sehingga kini dan satu gelombang baru kebangkitan semula para Assabiqun yang melanda seluruh negara sekarang memberi harapan cerah bahawa kemenangan PAS yang dilihat sebagai “the government in waiting” sekarang sudah hampir. Tegas beliau lagi dengan sokongan para Assabiqun yg istiqamah dan gelombangan sokongan orang-orang muda yang menyertai PAS purata 2 ribu ke 3 ribu orang hampir setiap bulan, fajar kemenangan mula menyingsing di negara bertuah ini atas komitmen kita semua dengan izin Allah.

Bersama-sama hadir memeriahkan majlis juga ialah Sdr Hairul Anuar Harun, Setiausaha PAS Wangsa Maju mewakili Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.