Home Berita PAS Terengganu

Nik Nazmi Terus Bermimpi

77
SHARE

Nik Nazmi Terus Bermimpi.

1. Tak sampai 24 jam ucapan Dasar Presiden PAS selesai dibentangkan oleh YB Tan Sri Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS ke 69, timbul respon daripada salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN YB Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad dengan menyatakan Hari ini Cakap Lain, Esok Cakap Lain.

2. Respon dangkal ini menunjukkan kedudukan sebenar yang dirasai oleh pimpinan PKR dan PH yang sedang ketakutan terhadap kebangkitan rakyat Malaysia yang menolak mereka dalam siri-siri Pilihanraya sebelum ini.

3. Sudahlah undi Melayu terus merosot kepada PH dalam setiap kali pilihanraya, kini PH kelihatan hilang arah setelah bergabung dengan BN yang terus menjadikan majoriti orang Melayu semakin menghilang dari radar PHBN.

4. Bukan itu sahaja, hasil pergabungan PHBN juga menjadikan pengundi bukan Islam juga semakin menjauhi mereka kerana budaya cakap lain, buat lain yang ditunjukkan oleh para pemimpin PH yang kononnya tidak akan bersama dengan BN selepas PRU 15.

5. Kini, setelah kemenangan besar PAS sebagai parti Melayu Islam dalam 2 Pilihanraya dengan sokongan 70 % undi orang Melayu dan anak muda, Presiden PAS mengorak langkah lebih kehadapan dengan agenda menarik undi bukan Islam yang sudah dilihat semakin goyah bersama PHBN.

6. Sudah pasti perkara ini memberi tamparan hebat kepada pimpinan PH yang terancam dengan strategi terbaru daripada Tuan Guru Presiden PAS. Tidak hairanlah YB Nik Nazmi menjadi orang pertama yang melatah seperti ‘Beruk Terkena Cili’ kepada kenyataan tersebut.

7. Apa yang lebih besar adalah kenyataan Tuan Guru Presiden ini sebenarnya bersifat memusnahkan isu 3R yang sentiasa digunakan oleh PHBN untuk menyekat kemaraan PAS dalam politik tanah air.

8. Untuk rekod YB Nik Nazmi,Suka juga saya ingatkan bahawa PHBN lah yang sentiasa menabur janji dan tidak melaksanakannya, jadi Nik Nazmi janganlah jadi seperti “ Kuman di Seberang Nampak, gajah di sebelah tak Nampak”

9. InsyaAllah, pemuda Terengganu Percaya bahawa PAS akan diterima oleh semua kaum dan bangsa dalam Malaysia. Seperti slogan yang selalu kami laungkan “Islam Untuk Semua”

“YB Nik Nazmi boleh terus bermimpi, Kami Pemuda PAS mahu terus berbakti”

Ustaz Mohd Harun Esa
Ketua Pemuda PAS Terengganu