Home Berita PAS Pahang

Nik Besah ke tanah suci, Latif terima bungkusan misteri

512
SHARE

 

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

 

“Nek sangat berharap, jika sesuatu berlaku pada Nek, kamu mesti menjaga Aisyah”, apa yang dikatakan oleh Nek Besah memang membingungkan Latif, dia seperti merasakan sesuatu akan berlaku, Nek Besah yang beliau kenali sebagai seorang yang tenang, gembira dan bersifat keibuan sering melontarkan nasihat-nasihat yang baik pada dirinya.

 

Lusa Nek Besah dan Aisyah akan berangkat ke Tanah Suci, petang nanti Nek Besah dan Aisyah akan ke Kuala Lumpur diiringi oleh anak-anaknya. Latif tidak berniaga hari ini kerana ingin turut serta meraikan pemergian Nek Besah dan Aisyah, sejak pagi rumah Nek Besah sering dikunjungi tetamu untuk mengucapkan selamat jalan kepada Nek Besah dan Aisyah.

 

Latif kerumah Nek Besah selepas zohor, sekali lagi Nek Besah memanggil Latif, “Nek hanya harap pada kamu untuk menjaga Aisyah”, kata Nek Besah, sekali lagi Latif tak mampu berkata-kata, wajahnya kini berlawanan dengan sikapnya yang gemar berseloroh, dia langsung tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Nek Besah, timbul pertanyaan didalam hatinya “Aisyah masih ada keluarga, kenapa pula mesti dia yang menjaganya?”.

 

“Mulai saat ini kamu jangan lagi tinggal solat, pergilah belajar mengaji, belajar agama sementara umur kamu masih muda, tak mungkin kamu mampu untuk memimpin keluarga kalau sekiranya kamu gagal untuk menjaga diri kamu sendiri dari neraka Allah swt, Allah swt kasih pada manusia bukan kerana dia banyak harta, tapi kerana taatnya dia pada Allah swt”, nasihat Nek Besah pada Latif. Latif hanya diam dan jauh dari sudut hatinya dia mengerti bahawa Nek Besah seperti mengharap sesuatu darinya.

 

Lebih kurang jam 5.00 petang, saat keberangkatan Nek Besah dan Aisyah, Latif berada diluar menunggu Nek Besah dan Aisyah keluar melihatnya buat kali terakhir sebelum berangkat, beberapa buah kereta teksi yang disewa untuk menghantar Nek Besah dan Aisyah sedang menunggu, “selamat jalan Nek dan Aisyah”, kata Latif, Aisyah memandang Latif, airmatanya kelihatan jelas mengalir, sambil mengangguk kepada Latif, “ini kamu simpan”, kata Nek Besah kepada Latif sambil menghulurkan sebuah bungkusan kertas yang Latif tidak tahu apa kandungan didalamnya.

 

Penulis ialah

Pesuruhjaya PAS Pahang

Adun Tanjung Lumpur

Nota: Kisah ini akan dibukukan dalam bentuk novel Seindah Rembulan