NGO Muslimat Johor salur bantuan ambang Syawal
‘AISYAA YASMIN
Johor Jaya:Lajnah Hubungan NGO (LHNGO) giat menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di ambang Syawal semalam di lima kawasan terpilih.
Antaranya, Pasir Gudang, Johor Bahru,Kota Tinggi,Tebrau dan Tenggara yang mana penerima sumbangan program Projek Hamper Kuih Raya ini adalah daripada golongan asnaf yang terpilih,warga emas dan mereka yang diuji dengan sakit kronik.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, program kali ini dimeriahkan lagi dengan tambahan sumbangan berbentuk pakaian,duit dan keperluan dapur selain hamper kuih sempena raya akan datang.
Sumbangan disampaikan oleh mantan calon DUN Johor Lama, DUN Larkin, parlimen Bandar Tenggara dan wakil DMPNJ di DUN Puteri Wangsa dan DUN Johor Jaya sementara pengerusi lajnah, Roslita Rohani mengetuai program ini.