Home Artikel PAS Sabah

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA YDP PAS LIBARAN

40 views
SHARE

نَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ لِأَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ يَوْمَانِ فِي كُلِّ سَنَةٍ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَلَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ كَانَ لَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا وَقَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ الْأَضْحَى

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, dahulu orang² Jahiliyyah memiliki dua hari di setiap tahun yang mereka biasa bersenang-senang ketika itu. Tatkala Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang ke Kota Madinah, beliau bersabda, “Dahulu kalian memiliki dua hari di mana kalian bersenang – senang ketika itu. Sekarang Allah telah menggantikan untuk kalian dengan dua hari besar yang lebih baik yaitu Idul Fithri dan Idul Adha.”

(HR. Abu Daud no. 1134; An-Nasa’i no. 1556)

Pada 1 Syawal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hari kebesaran dalam Islam yang mana selepas sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan yang mulia.

Secara amnya kedatangan 1 Syawal ini disambut dengan meraikan kemenangan dengan takwa dan redha dari-Nya, yakni setelah melaksanakan ibadah puasa dengan bermujahaddah agar ibadat puasa diterima oleh Allah.

Takbir raya bergema ke seluruh alam puji pujian kepada-Nya kerana nikmat kesyukuran yang tak terhingga.

Disamping itu dalam menyambut Aidilfitri ini kita seharusnya mengetahui amalan² sunnah yang diajarkan oleh Nabi SAW

Amalan kunjung mengunjung ke rumah saudara mara mahupun kenalan perlu diperkukuhkan agar tautan kasih sayang itu tidak terputus dan juga amalan maaf bermaafan kepada semua insan tidak juga dilupakan agar tidak timbulnya perasaan yang sangka buruk dengan saudara sendiri.

Saya bagi pihak PAS Kawasan Libaran mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya kepada warga kawasan Libaran.

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Lailaha Illallah Wallahu Akbar.
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Yang ikhlas,
Abdul Waheed Mohamad
YDP PAS Kawasan Libaran
30 Ramadan 1440 H | 04 Jun 2019