Oleh :Aslam Wira
MARANG, 7 Julai – Seorang lelaki yang terpaksa menjaga nenek mertuanya lega dan terharu kerana menerima caj rawatan percuma kelas ketiga yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui manifesto Pilihanraya Umum 14 yang lalu
Khairul Airil Anuar Abdullah, 22, berkata, dia sebelum ini agak risau memikirkan kos rawatan setelah mendapat makluman bahawa nenek kepada isterinya sudah boleh keluar daripada wad.
“Namun saya sangat bersyukur apabila dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, dalam proses keluar daripada wad, dan dimaklumkan bahawa tiada caj rawatan yang perlu dibayar.
“Inisiatif ini sangat membantu golongan yang sangat memerlukan seperti kami, apatah lagi saya yang kini menjaga nenek tidak dapat berkerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di samping terpaksa menjaga isteri yang sedang mengandung enam bulan, ” katanya.
Katanya, dia, steri dan seorang anak lelaki tinggal bersama dua keluarga lain, seramai 12 orang di sebuah rumah, dia baru sahaja berpindah ke Kampung Bukit Rhu Rendang pada tiga bulan lalu dari Besut untuk menjaga nenek yang diserang penyakit lumpuh.
“Teriima kasih kepada PKM ADUN Rhu Rendang yang hadir membantu keluarganya setelah memaklumkan masalah mereka kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Rhu Rendang, ” katanya.
Sementara itu, Pegawai Khas PKM ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya telah mengambil perjalanan sejak dari awal mendapat maklumat berkenaan keluarga Khairul tambahan lagi dengan keadaan neneknya yang sedang sakit.
“Kami telah menghantar sebuah katil boleh laras bersama-sama kerusi roda untuk kegunaan neneknya yang terlantar bagi mengurus dan memudahkan urusan penjagaannya.
“Bantuan susu dan pampers turut diserahkan kepadanya, di samping borang bantuan Tabung Darul Iman yang telah dikutip dan akan dihantar kepada pejabat untuk mendapatkan bantuan berterusan.
“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah sedia maklum berkenaan keadaan keluarga ini, di samping JPKK yang sedia membantu pada bila-bila masa sahaja,” tambahnya lagi.