KUALA TERENGGANU – Terengganu FC serius dalam memperkuatkan jentera serangan dalam baki saingan musim 2024/25 apabila sah mengikat penyerang baru penyerang kebangsaan El Salvador, Nelson Bonilla.
Pemain ini baru sahaja diperkenalkan secara rasmi malam ini sebelum perlawanan peringkat Kumpulan A Shopee Cup 2024/25 menentang Preah Khan Reach Svay Rieng.
Bonilla, yang sebelum ini pernah beraksi dalam Liga Thailand bersama beberapa kelab ternama seperti Sukhothai FC, True Bangkok United, Port FC, dan Singha Chiangrai United, dilihat sebagai tambahan berharga kepada pasukan Terengganu FC selepas Ivan Mahmut mengalami kecederaan panjang.
Selepas meninggalkan Sukhothai FC pada penghujung musim 2023/24, Bonilla kini akan menyertai Terengganu FC.
Senjata baru Terengganu FC ini akan menggunakan jersi bernombor 99.