=====================
PAS BAKAL BERI KEJUTAN MENARIK DI PARLIMEN RASAH
=====================
Parlimen Rasah sememangnya cukup dikenali dengan kepelbagaian dan perpaduan antara kaum yang amat kukuh. Tanpa mengira latar agama dan bangsa, masyarakat di Negeri Sembilan masih boleh mengekalkan adab-adab keharmonian kaum.
Inilah kesan pendidikan adab dan akhlak Islam yang telah ditanam sejak prakemerdekaan di Tanah Melayu/Nusantara yang masih berbaki sehingga hari ini. Dalam aspek sosial dan bermasyarakat pun Islam telah memberi kesan yang baik, apatah lagi jika Islam dapat diterap dan ditegakkan melalui aspek politik dan pentadbiran. Pasti lebih harmoni.
Parlimen Rasah dan lima DUN di dalamnya iaitu Labu, Rahang, Seremban Jaya, Mambau dan Bukit Kepayang bakal menerima kejutan menarik dari PAS dan Gagasan Sejahtera dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti.
Nantikan, dan ayuh sama-sama kita realisasikan pembinaan sebuah Negeri Sembilan yang lebih sejahtera.
#NegeriSembilanSejahtera
#MalaysiaSejahtera