Home Artikel PAS Pusat

NAKBAH : Titik hitam bagi Palestin

53
SHARE

NAKBAH: TITIK HITAM BAGI PALESTIN

Tanggal 15 Mei 1948 telah menjadi catatan hitam buat negara Palestin yang hilang daripada peta dunia dan digantikan dengan negara haram Israel. Pengusiran dan pembantaian kepada umat Palestin dari tanah sendiri tidak berpenghujung sehingga ke hari ini.

Bagi memperingati penderitaan ini diisytiharkan bahawa 15 Mei (sehari selepas penubuhan Israel) sebagai hari an-Nakbah (malapetaka besar/catastrophe).

Ketika umat Islam di seluruh dunia sedang memperingati Hari Nakbah, bangsa yahudi juga sedang merayakan The Yishuv Day. Namun, misi mereka kali ini bukan hanya untuk menduduki wilayah-wilayah di bumi Palestin tetapi sebenarnya adalah permulaan untuk membuka Asia Barat kepada penaklukan Israel atau lebih tepat lagi permulaan ‘The Greater Israel’.

Baru-baru ini, serangan tidak berperikemanusiaan kepada rakyat Palestin di Masjid Al Aqsa pada malam 27 Ramadan, telah membuka seluas-luasnya mata dunia. Kekejaman Zionis Israel Laknatullah ini telah membawa kemarahan HAMAS di Gaza sehingga Israel kian lumpuh dengan serangan bertubi-tubi roket pejuang daripada Briged Al-Qassam.

Sebagai umat Islam, jangan berhenti untuk mendoakan kemenangan buat Palestin dan kehancuran buat Zionis Israel. Kemenangan umat Islam semakin hampir untuk membebaskan tanah Palestin.

Sudah tiba masanya kita bersatu–padu dan berkerjasama memulihkan kembali keyakinan umat dan Dunia Islam dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, serta menghentikan persengketaan sesama sendiri.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

DR. NAJIHATUSSALEHAH AHMAD
Timbalan Pengerusi
Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat
15 Mei 2021 | 3 Syawal 1442

#SejahterabersamaIslam
#SavePalestine
#Aid4Palestine