Home Berita PAS Selangor

Nadi Selangor by Roslan SMS – Ph Selangor Ketandusan Idea

840
SHARE

Tujuan Penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat Negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi. Bermakna urusan utamanya adalah membela masa depan anak-anak negeri ini.

Semasa Dewan Negeri Selangor bersidang semalam kelihatan Kerajaan PH Negeri Selangor lebih tertumpu kepada penjualan aset kepunyaan Yayasan Selangor ini kononnya untuk menampung liabiliti yang ditanggungnya.

Menurut laporan 77 hartanah kepunyaan Yayasan Selangor dirancang untuk dijual oleh Kerajaan PH Negeri Selangor yang dijangka memberi pulangan sekitar RM45juta.

Apakah Kerajaan Negeri sudah tiada kaedah lain bagi menghadapi cabaran ekonomi selain menjual segala harta dan aset Yayasan Selangor. Kerajaan sebelum ini bergelut merancang dan membeli hartanah untuk memperkukuhkan kedudukan Yayasan Selangor ini agar ia dapat memberi fokus pada tujuan dan matlamat yang sebenar, tetapi pimpinan PH Negeri Selangor seakan – akan ketandusan idea dan lebih minat mencari jalan keluar yang mudah.

Cadangan ini ditentang dan ditolak oleh Wakil Rakyat Pembangkang Negeri Selangor di dalam Dewan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang YB Rizam Ismail (BN – Sg Air Tawar ) YB Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi ( PAS – Sijangkang), YB Dr Dorayah Alwi (Bebas – Sementa) dan lain-lain.

Nampaknya di bawah tangan PH jugak lah habis tergadai segala harta dan aset warisan rakyat Negeri Selangor kerana dek kelemahan Pentadbiran ya tunjukkan.

Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Selangor

24 Zulkaedah 1441H | 15 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan