Dewan Negeri Selangor bersidang hari ini dan wakil tunggal PAS ADUN Sijangkang YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor akan hadir dan beraksi dari bangku pembangkang bersama-sama rakan pembangkang yang lain.
Sejak 1999 apabila 4 wakil PAS memasuki Dewan Negeri Selangor buat pertama kali, wakil PAS terus menjadi suara pembela Islam sehinggalah kehari ini.
Rakyat Selangor khususnya umat Melayu Islam meletakkan harapan yang tinggi agar PAS terus berani dan tegas membawa isu-isu berkaitan nasib dan kepentingan umat Islam selain seluruh rakyat negeri ini.
Adalah diharapkan dimasa hadapan demi nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara rakyat Selangor akan bangkit memberikan suara yang lebih kepada PAS agar dapat berperanan lebih efektif sebagaimana di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Selamat bersidang.
Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Selangor
21 Zulkaedah 1441H | 13 Julai 2020
#passelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan