Home Artikel PAS Selangor

Nadi Selangor by Roslan SMS Arak Di Selangor Jangan Di Minum Di Semua Tempat Awam

395
SHARE

Kerajaan PH Selangor mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan kini diberi kuasa melarang merokok dan meminum arak di taman-taman awam seluruh Negeri. Menurut EXCO berkenaan Ng Sze Han ianya diberi kuasa berikutan lulusnya pindaan terhadap Undang-undang Kecil Taman Selangor 2005. Tindakan ini dialu-alukan dan pihak PBT seluruh Selangor sewajarmya menguatkuasakan peraturan baru ini.

Larangan ini mencerminkan betapa Kerajaan Negeri mengakui kesan buruk dan mudarat akibat merokok dan meminum arak.
Untuk itu sebagai langkah proaktif khasnya dalam isu meminum arak ini sepatutnya larangan itu diperluaskan ke semua tempat awam bukan sekadar taman-taman sahaja. Biarlah peminum arak ini meminum minuman haram ini samada di pusat-pusat hiburan, restoran dan pub yang dibenarkan atau di rumah masing-masing sahaja.

Di Selangor hari ini peminum arak meminum di merata tempat termasuklah di luar kedai-kedai serbanika termasuklah lorong-lorong rumah pangsa dan di tempat-tempat letak kereta awam sehingga mendatangkan ancaman dan gangguan pada orang awam yang lain.

Kerajaan PH Selangor tidak boleh menutup sebelah mata dalam isu ini dan perlu bertanggungjawab demi keselamatan rakyatnya. Jangan tunggu sehingga tercetus masalah baru mahu bertindak.
Mana pergi wakil Pan yang kononnya membawa perjuangan Islam?

Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Selangor

25 Zulkaedah 1441H | 16 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan