Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

MusMedik : Pimpinan Prihatin Sihat 2.0

1064
SHARE
  • MusMedik : Pimpinan Prihatin Sihat 2.0

    19 Disember 2017, Kuala Lumpur : Alhamdulillah, Program Pimpinan Prihatin Sihat 2.0 yang telah diadakan di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut khas buat pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah diadakan dengan jaya dan lancarnya pada Ahad yang lepas bersamaan 17 Disember 2017. Program anjuran MusMedik, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) yang berjalan selama sehari itu telah melibatkan keseluruhan pimpinan DMPM.

    Program ini merupakan program susulan daripada program pemeriksaan kesihatan pertama yang telah diadakan pada 17 September 2017 yang lepas.

    Menariknya kali ini, para pimpinan dibekalkan dengan Diari As Syifa sebagai rujukan tentang kesihatan yang bertujuan mendidik serta melahirkan pimpinan yang peka akan penjagaan serta pemantauan kesihatan diri. Penerbitan Diari As Syifa ini merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan dari Unit Musmedik LKK DMPM.

    Memaknakan lagi program tersebut, dengan kehadiran 4 orang doktor pakar yang mengisi slot kaunseling menyeluruh kepada peserta. Juga turut serta 6 orang wakil tenaga Muslimat Medical Team (MUSMEDIK) setia seiring menjayakan program bermula seawal 6.30 pagi lagi.

    Secara keseluruhannya, program ini telah memberi manfaat berfokus kepada 23 orang pimpinan DMPM. Menjadi hasrat LKK DMPM agar dapat memastikan peranan kebajikan bukan sahaja untuk masyarakat Malaysia tetapi lebih dekat lagi iaitu keluarga DMPM itu sendiri.

    “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah, dan pada keduanya ada kebaikan.”

    Semoga program ini dapat memberi suntikan semangat dan kesedaran khususnya kepada semua warga pimpinan DMPM untuk berusaha mengamalkan cara hidup sihat. Seterusnya, menjadi amilin yang sihat jasmani dan rohani untuk terus kuat berbakti kepada masyarakat Malaysia dan agama Islam itu sendiri.