Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat Teruskan Senjata Munajat

269 views
SHARE

MUSLIMAT TERUSKAN SENJATA MUNAJAT

Oleh: UMMU AL – FATEH

KEPALA BATAS: Muslimat hendaklah mempersiapkan diri dengan munajat sebagai kekuatan untuk berhadapan dengan pelbagai fitnah yang bersimpang-siur sejak akhir-akhir ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyeru muslimat menggerunkan musuh dengan gelombang munajat ketika menyampaikan taujihat dalam program Gelombang AKIFI 12.0 bersama muslimat negeri Pulau Pinang pada 28 Februari 2019 di Pongsu Seribu, Pulau Pinang.

“Bungkam dengan fitnah yang serba tidak menjadi, PH terus mencipta fitnah demi fitnah yang lain pula kepada PAS dan antara senjata ampuh yang kita ada adalah istiqamah bermunajat pada malam serta siang hari, ujar beliau .

Ustazah Nuridah turut membaca Doa Rabitah dan Qunut Nazilah tepat jam 10 malam yang juga merupakan arahan bacaan serentak DMPM di seluruh negara agar Allah sentiasa melindungi serta memelihara PAS, kepimpinan dan seluruh ahlinya daripada fitnah dajjal dan pihak-pihak yang ingin menjatuhkan PAS.

“Saya mengharapkan muslimat mengatur jadual giliran munajat supaya dapat istiqamah himpun beramai-ramai. Melalui doa dan munajat , kita akan sentiasa dekat dengan Allah maka Allah akan dekat dengan kita dan memberi pertolonganNya.

“Lagi kuat ujian ujian yang dihadapi, lagi semangat kita aturkan program-program munajat sesama muslimat .Kita juga mengatur munajat kepada masyarakat awam sama ada melalui program Yaasin Munajat, Yaasin Rukyah mahupun Yaasin Tahlil,” ujar beliau merujuk buku Panduan Kor Munajat AKIFI yang terbaru terbitan DMPM.

Turut hadir Penolong Setiausaha 3 DMPM Mardhiah Hayati Zolkeplai dan Ketua Briged Muslimat Nuri Muhammad dalam program Munajat AKIFI kali ke 12 di Pulau Pinang bersama 100 orang muslimat negeri yang bersemangat mengikuti program bermula dari 4.30 petang hingga jam 11 malam.