Home Berita PAS Perak

Muslimat Teluk Intan bermunajat pertahankan undang-undang syariah Malaysia

21
SHARE

Oleh: NurAsilah Noor

TELUK INTAN, 21 November: Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Muslimat Teluk Intan telah mengadakan munajat khas agar kes enakmen kanun jenayah syariah yang dicabar dapat diselamatkan secara atas talian di sini, baru-baru ini.

Program munajat yang bermula usai solat Asar ini dimulakan dengan bacaan doa Qunut Nazilah mendoakan keselamatan saudara seaqidah di Palestin disusuli bacaan surah Yasin.

Munajat yang diketuai ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas menggamit rasa keinsafan tatkala menghayati ucapan pengerusi memohon doa institusi syariah Malaysia tetap kekal bertahan.

Peserta yang hadir juga dibentangkan secara ‘slide show’ kronologi kes yang berlaku membabitkan petisyen yang dikemukakan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman yang mencabar enakmen syariah negeri Kelantan.

“Sebagai ahli gerakan Jamaah Islam kita seharusnya sentiasa peka dengan situasi perundangan melibatkan agama Islam yang secara berani di cabar oleh sekumpulan individu tertentu dalam masyarakat,” jelas beliau dalam ucapannya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Muslimat, Hamisah Abas, Naib Ketua Muslimat, Aseha Hanafi serta ahli jawatankuasa yang lain.