Home Berita PAS Selangor

Muslimat Sungai Besar tunai tanggungjawab sampaikan bantuan

25
SHARE

Muslimat Sungai Besar tunai tanggungjawab sampaikan bantuan

Sungai Besar, 17 Ogos – Dewan Muslimat PAS Kawasan petang ini menyerahkan bantuan kepada 31 keluarga sekitar Parit 10 Gambut, Timur dan Parit 16 Kg Hala cara baru Sungai Panjang

Sumbangan bakul prihatin berbentuk keperluan barang dapur antaranya beras dan keperluan masakan ini diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumbangan di sampaikan oleh Ketua Muslimat, Ustazah Hajjah Meseripah Binti Haji Sirat dan ahli jawatankuasanya.

“Muslimat PAS Sungai Besar menghargai golongan suri rumah yang terus memberikan khidmat mengorbankan masa bersama keluarga di musim pandemik ini.

“Senyuman yang menghiasi wajah-wajah mereka menjadi pemangkin kepada anak muda agar tidak pernah berputus asa menjadi tulang belakang dalam keluarga.”

“Terima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin dan memberikan kepercayaan menyampaikan sumbangan serta bantuan bagi memerlukan,”

Turut hadir dan menyampaikan sumbangan ialah Ketua Penerangan Sdr Salihudin bin Baharom.