Home Berita PAS Pulau Pinang

Muslimat Sungai Bakap belajar masak Nasi Arab

606
SHARE

NIBONG TEBAL: Muslimat PAS Cawangan Sungai Bakap telah menganjurkan Kelas Masakan Nasi Arab Kabshah bertempat di Bilik Gerakan Muslimat PAS Sungai Bakap, di sini pagi kelmarin.

Program ini bertujuan merapatkan lagi hubungan para aktivis Muslimat PAS Sungai Bakap bersama-sama masyarakat sekitar terutamanya di kejiranan Sungai Bakap.

Hadir sama menyertai dan memimpin kehadiran adalah Ketua Muslimat Cawangan Sungai Bakap, Nor Mahani Ahmad yang turut memberi rangsangan kepada peserta ke kelas masakan ini.

Kelas Masakan Nasi Arab Kabshah telah dikendalikan oleh Chef Azila Mustafa yang mengajarkan cara penyediaan Nasi Arab Kabshah bermula dari penyediaan bahan mentah.

Pelbagai tip dan soal jawab dikongsikan menerusi kelas masakan ini yang berjalan hampir 3 jam dengan pendedahan teknik mudah untuk diaplikasi para peserta.

Kelas masakan ini adalah program bulanan Muslimat Sungai Bakap yang akan diteruskan pada setiap bulan dengan pelbagai lagi menu menarik untuk dikongsikan bersama masyarakat setempat.