Home Berita PAS Pahang

Muslimat Semambu hulur bantuan pasca banjir di Kg. Tiram

157
SHARE
Oleh: HABSAH ALI
INDERA MAHKOTA, 3 Feb :: Usaha membantu mangsa banjir masih diteruskan terutama di kawasan yang terjejas teruk di Kampung Tiram, Kuantan baru-baru ini.
Seramai 40 keluarga yang terlibat telah disantuni oleh muslimat PAS DUN Semambu dengan memberi barangan dapur dan toto, hasil dari sumbangan orang ramai.
Ketua Muslimat DUN Semambu, Hamimun Dahaman yang mengetuai program ini berkata, “Kami mengambil peluang pada hujung minggu ini untuk menyempurnakan amanah yang telah diberikan, di samping dapat berkenalan dan menjalin hubungan dengan masyarakat setempat.
“Selain memberi sumbangan, kami dapat mengenal pasti ada keluarga yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutama pada keluarga yang berpendapatan rendah dengan anak-anak yang masih bersekolah,” ujar beliau.
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Zulfadli Zakariah yang turut sama dalam program ini berkata, sebelum ini anggota-anggota Jabatan Amal Indera Mahkota telahpun membantu mangsa banjir di kawasan ini membersihkan rumah, selain memberi bantuan barangan yang diperlukan segera seperti dapur gas dan barangan dapur.
“Semangat jati untuk membantu orang lain ketika banjir adalah usaha yang membina dan bernas, ia menjadi aset saham akhirat kepada kita yang sentiasa merebut peluang,” kata Ustaz Zulfadli.
Program ini dibantu seramai 23 orang, termasuk muslimat dari cawangan Indera Mahkota 2, Taman LKNP, Chenderawasih, Taman Impian dan Beserah serta muslimin di sekitar kawasan tersebut.