Home Berita PAS Terengganu

Muslimat Rhu Rendang sambut seruan

98
SHARE

Oleh : Fatimah Din/ Gambar : Wan Noor Afifah Wan Nelang

MARANG- Seramai 40 orang Muslimat dari DUN Rhu Rendang telah menyambut seruan melaksanakan program Munajat Hour.

Ketua Muslimat PAS Rhu Rendang, Faridah Omar, berkata munajat kepada Allah ini untuk memohon pertolongan agar Malaysia berada dalam keadaan sejahtera, menolak daripada segala dan kemungkaran.

“Mohonlah redha daripada Allah agar kita semua sentiasa dipimpin dan dipandu ke arah kebaikan” katanya kepada semua yang hadir.

Faridah berkata demikian ketika berucap di Program ‘Munajat Hour’ di Masjid Kampung Kijing yang bermula seawal 8.00 pagi.

Antara pengisian adalah solat dhuha yang dipimpin oleh Ketua Tarbiyyah Zaimah Jusoh , manakala Pendakwah Bebas, Wan Nazrah Wan Mohamad Ali mengendalikan bacaan Yassin diikuti munajat serta doa.

Menurut Naib Ketua Muslimat Marang itu, program tersebut adalah seruan daripada Dewan Muslimat PAS Pusat supaya melaksanakan program ini di peringkat dan tempat masing-masing.

“Program sebegini juga diadakan serentak di keempat – empat DUN dalam kawasan Marang,” katanya.