Home Berita PAS Sarawak

Muslimat Petra Jaya santuni masyarakat Cina

19
SHARE

KUCHING – Menjelang beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, Dewan Muslimat PAS Petra Jaya telah menyantuni masyarakat Cina di Kampung Sejijak ahad lalu.

Sebanyak sepuluh buah hamper berupa barangan keperluan telah diserahkan dalam program tersebut kepada wakil bagi setiap keluarga.

Pemberian tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat Petra Jaya, Farah Hanim bersama beberapa ahli Muslimat Petra Jaya.

Program menyantuni masyarakat berbilang kaum telah menjadi tradisi di bawah Lajnah Perpaduan Nasional setiap tahun. Antaranya ialah program yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina khusus buat kaum Cina di Sarawak.

Diharapkan agar tradisi ini dapat dikekalkan di masa akan datang disamping memperkenalkan kepada masyarakat Sarawak bahawa PAS adalah untuk semua.