Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat Perlu Berilmu Dalam Menyebarkan Dakwah

644
SHARE

Oleh : Khatijah Abd Hamid

16 Mac 2019 | Sabtu | Permatang Pauh

Bertemakan ‘Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan’, Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 30 yang berlangsung di Dewan Haji Yusuf Rawa, Samagagah.

Pembukaan majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al Quran oleh Adik Siti Nur Badriah Suhaimi pemenang tempat pertama Hafazan Sekolah-sekolah Rendah Seberang Perai Tengah.

Ustazah Nor Hapiza Saad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh dalam ucapan alu-aluannya menekankan tentang kepentingan Muslimat PAS menuntut ilmu dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Ilmu yang secukupnya amat diperlukan untuk menghadapi pelbagai isu semasa dan kerenah manusia pada zaman ini.

Acara perasmian mesyuarat pula telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar Hassan selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan tentang kepentingan hadir mesyuarat agung tahunan iaitu sebagai medan ahli PAS cawangan bersama pucuk pimpinan PAS kawasan bertukar pandangan dan cadangan demi penambahbaikan gerakerja di peringkat kawasan.

Beliau juga menyeru agar perwakilan dapat membuat pilihan barisan kepimpinan yang terbaik.

Mesyuarat agung telah berlangsung dengan lancar dengan keputusan pemilihan masih mengekalkan Ustazah Norhapiza Saad sebagai Ketua Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh untuk sesi 2019-2021.

Turut hadir Pn Mariah Salleh dan Puan Mariati Ibrahim selaku pemerhati dari Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.