Home Berita PAS Pulau Pinang

Atlet Cilik PASTI Beraksi Dalam Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring

885
SHARE

Oleh: Muhammad Hanif
16 Mac 2019

NIBONG TEBAL: Sukan Pasti kawasan Nibong Tebal berakhir dengan jayanya di SMK Sungai Acheh. Terdapat dua perlawanan yang telah dipertandingkan iaitu bola sepak lelaki (lelaki) dan bola jaring (perempuan). Sukan ini melibatkan penyertaan dari 10 buah pasti dan telah berlangsung dengan penuh meriah dengan disertai oleh 220 atlet cilik.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada para waris yang setia dari awal hingga ke akhir program. Seramai hampir 200 orang waris yang hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak mereka untuk terus berusaha dalam acara yang dipertandingkan.

Pasukan dari Pasti Ibnu Sina telah muncul juara keseluruhan bagi pertandingan bola sepak selepas mengalahkan pasukan Pasti Al-Fateh A dalam sepakan penalti di pengakhiran perlawanan. Bagi acara bola jaring pula pasukan Pasti Elit telah muncul juara selepas mengalahkan pasukan Pasti Al-Fateh di peringkat perlawanan akhir.

Pemain terbaik sukan bola sepak telah dinobatkan kepada adik Muhd Aqil Mohd Hisamudin dari Pasti Ibnu Sina dan pemain terbaik bagi sukan bola jaring di dimenangi oleh adik Nurhanan Sufini Mohd Rizal dari pasukan Pasti Al-Fateh A.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latif dan Mohamed Nizam Mohd Nasir selaku Pengerusi Pasti PAS Kawasan Nibong Tebal.