Home Berita PAS Wilayah

Muslimat Pergiat Munajat AKIFI Dalam Norma Baharu

696
SHARE

Oleh : Maizatul Asida

Munajat AKIFI

BATU : Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS, Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu telah melaksanakan Gelombang AKIFI secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet, baru-baru ini.

Program ini dimulai para peserta dengan mendengar taklimat program kemudian menunaikan solat hajat di rumah masing-masing.

Selepas itu, bacaan Surah Yassin dan zikir munajat AKIFI dialunkan bersama-sama sambil diketuai oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Salbiah Abd Wahab.

Beliau turut menyampaikan taujihat di akhir program dengan memetik ayat ke 46, Surah Al-Kahfi yang berbunyi,

ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱلۡبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابٗا وَخَيۡرٌ أَمَلٗا

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

Beliau berpesan kepada hadirin agar sentiasa memperbaiki amal soleh kerana ia lebih berharga berbanding harta dan anak-anak.

“Kita juga, hendaklah sentiasa menambah nilai dalam ibadah kita dengan melaksanakan yang ibadah wajib dan diikuti dengan amal sunat seperti membaca AlQuran, zikir, al-mathurat dan berselawat,” ujar beliau lagi.

Menyentuh tentang isu semasa berkaitan situasi Covid-19 yang sedang dihadapi oleh negara kita, sebagai seorang Muslim, para muslimat haruslah bersabar dan berlapang dada atas ujian ini.

Menurut Salbiah, pandemik ini bukan sahaja menjejaskan aspek kesihatan sejagat bahkan juga ekonomi.

“Oleh itu, bersedialah untuk menukar cara kerja dan sentiasa menambahbaik kemahiran kita agar ianya sesuai dengan keadaan semasa,” pesan beliau mengakhiri taujihat.

Seramai lebih kurang 50 orang muslimat Wilayah Persekutuan telah hadir dalam program selama dua jam yang bermula pada pukul 2.30 petang ini.

Turut hadir dalam program ini ialah ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, antaranya Setiausaha, Mardhiah Hayati Zolkaplei, Pengarah Jabatan Pilihanraya, Sharifah Rashida Sayed Idrus, Ketua Penerangan, Dr Nur Hasiba Kamaruddin dan Ketua Ameerah, ‘Atikah Abdul Rahman.