Home Berita PAS Perak

Muslimat Perak Bersatu Melakar Kemenangan Islam

790
SHARE


Muslimat Perak Bersatu Melakar Kemenangan Islam


Kemenangan dalam perjuangan Islam adalah berbeza dengan kemenangan dalam agama atau ideologi lain. Istiqomah menjadi syarat kita mendapat pertolongan Allah swt dengan syarat kita tidak lari dari berpegang kepada Islam, tidak melampau dan tidak terpengaruh dengan mereka yang zalim.

Allah tidak akan memberi kemenangan tanpa ada usaha dari pejuang Islam, muslimat mesti berusaha ke arah kemenangan di samping muslimat menjaga akhlak, menutup aurat dengan sempurna serta menjauhi ikhtilat.

Ketegasan tersebut dilontarkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad kepada perwakilan Dewan Muslimat PAS Kawasan sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Perak ke-54, 9 April lalu.

Beliau menekankan bahawa muslimat wajib berjuang menentang gerakan yang dipelopori oleh wanita pejuang kemungkaran dan kemusyrikan seperti feminisme dan pejuang kesamarataan gender.

“Penglibatan muslimat sebagai calon dalam pilihanraya bukanlah untuk mendominasi kerusi di parlimen atau DUN namun ia adalah untuk memenuhi tugas untuk tugas membela maruah wanita Islam.

“Usaha ini adalah untuk memmastikan agar Islam tidak terus diperlekeh atau diperalat oleh musuh-musuh Islam , ia juga bagi memastikan wujudnya wakil untuk suara wanita khususnya bagi para muslimah” ujarnya.

Dewan muktamar dipenuhi seramai 192 perwakilan dari 24 kawasan seluruh negeri Perak dan 78 orang pemerhati yang bersedia untuk kekal istiqomah bagi menjana kemenangan PRU14 akan datang.

Muktamar turut diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Perak Tn Hj Razman Zakaria, wakil Dewan Ulamak PAS Perak Ustazah Aliah Abd Aziz, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak ustaz Mustafa Abd Wahab, dan ustaz Hafeez Sabri wakil Dewan Pemuda Pas Negeri Perak.

Mengakhiri ucaptama kali ini, Dr Najihatussolehah berpesan agar seluruh muslimat bersama-sama membina kekuatan serta meneguhkan aqidah perjuangan Islam, teguhkan diri masing -masing dengan iman dan berterusan dalam menguatkan tarbiyah ruhiyah.

 {jathumbnail off}