Home Berita PAS Pahang

Muslimat Paya Besar belajar teknik kemahiran fotografi dan videografi

81
SHARE

Oleh FARIDAH KAMARUDDIN

KUANTAN, 20 Nov : Kemajuan teknologi, fotografi dan videografi telah menjadi elemen penting bagi penyampaian mesej dalam dunia moden masa kini.

Ia membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam cara yang lebih visual dan interaktif.

Itulah antara yang disampaikan oleh Pengarah Program Bengkel Dedah Teknik Kemahiran Fotografi dan Videografi Nurul Mukminah Yusof yang diadakan di Dewan Darussalam, Permatang Badak, di sini kelmarin.

“Skill fotografi, videografi dan penyutingannya menjadi aset penting kepada jemaah Islam bagi menyampaikan mesej kepada komuniti dan penyebaran maklumat khususnya sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya ke-16”, tambah beliau lagi.

Bengkel tersebut dibahagi kepada dua slot iaitu slot Videografi dan Fotografi dibimbing oleh Pengarah Operasi TV Makmur Azahari Abdullah manakala slot kedua Suntingan Video oleh Nurul Mukminah Yusof.

Tema suntingan video, berfokus kepada aktiviti-aktiviti rutin muslimat yang telah diadakan sebelum ini iaitu ziarah, munajat, kursus dan sebagainya.

Sementara itu salah seorang peserta Nurul Adibah Mohamad berkata bengkel ini telah berjaya memotivasikan dan memberi kemahiran kepada dirinya dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Progaram ini adalah anjuran bersama unit Teknologi Maklumat (IT) Dewan Muslimat Paya Besar dan Ameerah Paya Besar.