Oleh : Nidah Adam
29 Oktober 2019
SEMPORNA : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Semporna telah melaksanakan Ziarah mahabbah bersama Pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) yang berlangsung di Kampung Tanjung Kapor Laut, dekat sini kelmarin.
Tujuan ziarah mahabbah ini dilaksanakan bagi menyantuni penduduk yang kurang berkemampuan.
Dua buah rumah diziarahi pada hari tersebut merupakan ibu tunggal iaitu Emas Sahaya berumur 74 tahun dan Mayhara Jalan 73 tahun.
Emas Sahaya yang mempunyai empat orang anak menetap di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menyara anaknya hasil daripada jualan runcit yang menjadi rutin kehidupannya setiap hari.
Manakala Mayhara Jalan yang juga ibu tunggal kepada dua orang anak hanya mengharapkan perbelanjaan yang diberikan dari anaknya yang bekerja di Semenanjung bagi menampung makan minum mereka.
Turut hadir menziarahi ibu tunggal tersebut adalah bendahari DMPM Dr. Che Faridah Ismail dan AJK Penerangan dan Media Baharu DMPM, Norhafizah Fadzil bersama Ketua Muslimat PAS Semporna, Nusaibah Al Aslamiyyah beserta kepimpinan yang lain.
Ziarah Mahabbah ini bagi menyampaikan hasil sumbangan orang ramai melalui Program Charity Box yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan muslimat PAS Semporna.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Maybank 160241015649 atau boleh hubungi Alisha di talian 0138004002