Home Artikel PAS Sabah

Muslimat PAS Tuaran ziarah mangsa kebakaran

56 views
SHARE

Oleh : Shella Annisa
08 November 2019

TUARAN – Susulan daripada tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Melisau Tenghilan, Tuaran pada 03 November lalu, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tuaran, Norlela binti Dasan turun menyantuni keluarga mangsa yang terlibat.

Turut hadir menziarahi keluarga Frederick dan Merlyn Nuruddin tersebut adalah Ustaz Mustaqim Aling Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyrakatan (LKK) PAS Negeri Sabah dan LKK PAS Dewan Ulama’ PAS Negeri Sabah serta Ustaz Mat Akim Ketua LKK PAS Kawasan Tuaran serta AJK.

LKK PAS mengambil inisiatif menziarahi, menyantuni serta menyampaikan sumbangan untuk meringankan sedikit beban keluarga mangsa. Tambahan lagi, apabila mengetahui Merlyn, ibu kepada mangsa baru saja melahirkan anak ketika hari tragedi kebakaran tersebut pada 3 November yang lepas.

Pimpinan LKK PAS yang hadir turut menasihatkan keluarga tersebut agar bersabar dengan ujian Allah SWT kerana setiap yang ditakdirkan tentu ada hikmah di sebaliknya.

Untuk sementara waktu keluarga mangsa tinggal bersama dengan kakak mereka.

Semasa AJK LKK ziarah mangsa, terdapat wakil dari beberapa badan kebajikan dan agensi swasta serta persatuan yang lain turut menyantuni keluarga mangsa.