Home Artikel PAS Sabah

Lebih 1400 pelajar PASTI Tawau akan dirai pada Hari Anugerah Kecemerlangan

217 views
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
9 November 2019, Sabtu

TAWAU : Lebih 1,400 pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tawau akan diraikan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) di Dewan Masyarakat Tawau, esok.

Bertemakan ‘Melahirkan Pelajar Soleh Pintar’ bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar tahap 2 yang akan menamatkan sessi pembelajaran mereka di PASTI.

Anugerah yang akan diberikan ialah Anugerah Saidina Ali Akademik untuk tahap 2 dan Anugerah Saidina Ali Pra Tahfiz , yang diadakan pada 2 November lalu.

Pengarah HAK, Mohamad Khairul Sirajuddin menasihati agar para ibubapa membawa anak-anak mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Urusetia.

Kira-kira 200 petugas terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia Sabah (JAMS), Ameerah, Briged Muslimat dan ahli PAS Kawasan Tawau akan turun membantu melancarkan HAK tersebut.