Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Sumbang RM 14, 936

49
SHARE

Oleh: Nurul Ashidah Johari

SHAH ALAM, 18 Oktober – Sebanyak RM14,936.25, 5 Dolar Singapore dan 5.5 gram emas telah disumbangkan oleh perwakilan, pemerhati dan tetamu yang hadir di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sungguh Muslimat PAS sangat dermawan dan inilah kekuatan yang ada dalam jiwa yang telah ditarbiyyah dalam perjuangan Islam.

Medan muktamar ini juga menjadi medan memberi infak sedekah dan sumbangan bagi para perwakilan dan pemerhati untuk masing-masing melakukan amal kebaikan dalam bentuk saham jariah.

Pastinya bukan nilai mata wang yang Allah lihat, tapi keikhlasan dan niat untuk memberi sumbangan insyaallah dilipatgandakan ganjarannya.

Inilah Muslimat PAS. Pantang tabung dihulur, sungguh dermawan hati mereka memberikan bantuan semampu yang mungkin.