Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Sedia Hadapi PRU-15

188 views
SHARE

Muslimat PAS Sedia Hadapi PRU-15
Oleh : Sarina Ismail

KUALA TERENGGANU – Retreat anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia yang diadakan di Permai Hotel, Kuala Terengganu pada 6 hingga 7 Julai lalu, berjaya menghasilkan beberapa resolusi terutama berhubung gerakerja dewan berkenaan sehingga menjelang PRU ke 15 nanti.

Program yang dihadiri jawatankuasa harian Dewan-dewan Muslimat Negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak ini juga merupakan himpunan Pasca PRU 14, di mana kelebihan dan kekurangan dari pelbagai sudut diperbincangkan.

Menurut pengarah program terbabit, Nor Azlin Md Shamsudin, program yang bertemakan Muslimat Memacu Kemenangan diadakan untuk menilai semula semula plan strategi yang telah dibuat dahulu untuk dimurnikan.

“Pemurnian ini bukan sahaja untuk melihat sejauh mana kesesuaian dengan Pasca PRU 14 tetapi juga sebagai langkah gerakerja dewan muslimat dari atas hingga ke bawah untuk kesediaan muslimat menang pada PRU ke 15 nanti,” ujar beliau.

Para peserta Retreat yang berkampung selama dua hari dua malam di hotel berkenaan juga berpeluang berkongsi pengalaman dan gerakerja kemenangan dari dua buah negeri yang berjaya dimenangi PAS iaitu Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, perbincangan di dalam kumpulan melibatkan semua agenda plan tindakan dan strategi Dewan Muslimat PAS Malaysia untuk dimurni secara menyeluruh dan diterjemahkan kepada gerakerja serta aktiviti yang bukan sahaja melibatkan pusat malah negeri dan kawasan.

Ketua dewan tersebut, Ustazah Nuridah Salleh, dalam sesi temubual ringkas bersamanya berkata perkampungan retreat itu lebih kepada menyusun program Pasca PRU ke 14 dari atas hingga ke bawah dengan cara lebih sistematik.

“Cara ini untuk mempermudahkan yakni kita rancang di sini, kemudiannya laksanakan di negeri masing-masing,” kata beliau.

Menurut beliau, ia juga sebagai post mortem kepada yang telah dilaksanakan dahulu serta melihat sejauh mana pencapaian dan seterusnya apakah solusinya untuk menambahbaikan.

Selain membawa halatuju peranan muslimat dengan lebih mampan ke arah mencapai kemenangan PRU ke 15 nanti.