Home Artikel PAS Sarawak

Muslimat PAS Santuni Ibu Tunggal Flat Sri Wangi

204
SHARE

Oleh Zara Adeela Arif

Petra Jaya, 15 Ogos – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) dengan kerjasama LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya (DMPKPJ) turun menyantuni para ibu tunggal yang mendiami Flat Sri Wangi pagi ini.

Sebanyak 15 kit sumbangan berupa barangan keperluan harian telah diserahkan kepada 15 keluarga ibu tunggal yang terpilih.

Sumbangan telah diserahkan oleh Puan Habsah Bujang, Ketua LKK DMPNS diiringi Saudari Nurhafiza Wahid, Setiausaha LKK DMPNS.

Turut sama hadir membantu En. Morshidi Hassan, Yang Dipertua PAS Kawasan Petra Jaya bagi menjayakan aktiviti serahan kit sumbangan.

Pihak LKK juga turut mengambil kesempatan membantu menyerahkan borang Bantuan Khas Ibu Tunggal di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Inisiatif ini bagi membolehkan para ibu tunggal mendapat bantuan khas sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Inisiatif untuk menyerahkan borang bantuan tersebut diambil kerana rata-rata ibu tunggal yang kami santuni memaklumkan tidak mendapat maklumat berkaitan bantuan khas ibu tunggal ini.

Malah ada juga yang maklum tentang perkara ini namun tidak mengetahui cara memohon bantuan tersebut,” ujar Saudari Nurhafiza Wahid.

“Oleh itu dengan adanya bantuan sebegini dari pihak LKK, besarlah harapan kami agar bantuan dari pihak kerajaan sampai kepada golongan sasaran ini,” tambah beliau lagi.