Home Berita PAS Sarawak

Muslimat PAS Santuni Gawai

533
SHARE

27 Mei, Siol Kandis – Seramai 15 orang masyarakat Iban di sini menerima sumbangan berupa hamper sempena perayaan Hari Gawai yang bakal tiba. Program yang meriah ini dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya (DMPKPJ) hari ini.

Program yang diadakan ini dikelolakan oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DMPKPJ, Puan Kautsar Jusoh dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Petra Jaya serta sokongan dari Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) yang juga turut dijayakan oleh Ketua Muslimat merangakap Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak serta AJK yang lain.

DMPKPJ amat berterima kasih kepada Puan Linda & keluarga selaku tuan rumah untuk anjuran ziarah kali ini. Walaupun hidup serba sederhana namun tidak pernah lokek untuk menerima tetamu yang bertandang.

Dalam pada itu, pihak DMPKPJ turut bertanya khabar serta mendengar sedikit sebanyak keluh kesah para penerima sumbangan yang mana kampung tersebut masih mengalami ketiadaan sumber air bersih dan jauh sekali dari cukup. Rentetan daripada itu, penduduk kawasan itu terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan seharian. Dewan Muslimat PAS amat memandang serius perkara ini memandangkan ianya telah lama terbiar tanpa sebarang pembelaan dari pihak yang sepatutnya.

Turut hadir dalam program tersebut, Ustaz Budin Othman selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Petra Jaya. Dalam ucapannya, beliau menyatakan hasrat untuk menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di peringkat kawasan supaya hubungan lebih erat dapat dibina seterusnya boleh bersama menganjurkan program sebegini lagi pada masa hadapan. Menurut beliau lagi, penduduk di Kampung Siol Kandis antara penyokong PAS yang paling ramai semasa PRN ke-11 yang lepas. Justeru itu, beliau amat berharap agar sokongan sebegini dapat diteruskan terutamanya menjelang PRU ke-14 akan datang.

Program berakhir dengan ikatan salam kemesraan serta sesi bergambar beramai-ramai bagi menyatakan semangat perpaduan dikalangan masyarakat. Ianya satu gambaran jelas bahawa Islam tidak pernah menindas sesiapa sahaja bahkan sentiasa membawa mesej keamanan kepada semua.

 

{jathumbnail off}