Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Sandakan ziarah pesakit strok zahirkan prihatin

591
SHARE

Oleh : Nur Fathihah Fatin
7 September 2020

SANDAKAN : Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Sandakan telah menziarahi pesakit strok di Kampung Sim-Sim dan Villa Sim-Sim, dekat sini semalam sebagai tanda prihatin kepada masyarakat memerlukan.

Ziarah bersama pasukan perubatan profesional itu merupakan aktiviti berkala Muslimat PAS Sandakan yang bertujuan menyantuni masyarakat terutamanya mereka yang dibebani tekanan hidup dan menghidap masalah kesihatan kronik.

Ketika ditemui Ketua DMPK Sandakan, Faezah Junaidi berkata PAS akan sentiasa komited dalam menyantuni masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik Covid-19.

Selain menyerahkan sumbangan material, lawatan itu juga dilanjutkan dengan khidmat pemeriksaan kesihatan pesakit termasuk pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula serta keadaan fizikal dan emosi.

Turut hadir bersama ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Sandakan, Ramlan Rahimen dan Ketua-Ketua Cawangan Dun Tanjung Papat serta beberapa orang petugas.