Home Berita PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Ziarah Kebajikan Berkala Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

492
SHARE

Lajnah Kebajikan Kemasyarakat (LKK) DMPNS telah mengadakan satu sesi ziarah ke tiga destinasi yang mana pihak LKK telah mendapat maklumat bahawa terdapat 6 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Lembah Jaya, Ampang.

Ziarah seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur menziarahi seorang pesakit kronik. Destinasi terakhir ialah ke Kota Raja menziarahi keluarga saudara Zaidi, ahli ARC Kota Raja yang telah kehilangan 3 ahli keluarganya iaitu anak sulung, ibu dan ayah tercinta dalam tragedi kemalangan jalan raya di Port Klang baru-baru ini.

Ikut serta dalam ziarah ini ialah YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang turut menzahirkan rasa simpati beliau kepada keluarga ini.

Kesemua yang diziarahi telah menerima sumbangan daripada pihak LKK DMPNS. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor, Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor