Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Raikan “Seindah Syawal” Bersama Petugas HOSHAS

117 views
SHARE

Muslimat PAS Raikan “Seindah Syawal” Bersama Petugas HOSHAS

Temerloh, Pahang : Program “Seindah Syawal” ini merupakan salah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di mana semenjak dari sebelum masuknya bulan Ramadhan lagi saban tahun, mengalu-alukan sumbangan dari para dermawan bagi menjayakan program kebajikan ini.

Sesuai dengan hadis dari Rasulullah SAW, antaranya dalam hadis riwayat Anas disebutkan:

عَنْاَنَسٍقِيْلَيَارَسُولَاللهِاَيُّالصَّدَقَةِاَفْضَلُ؟قَالَ: صَدَقَةٌفِىرَمَضَانَ

Bermaksud, “Dari Anas dikatakan, ‘Wahai Rasulullah, sedekah apa yang nilainya paling utama?’ Rasul menjawab, ‘Sedekah di bulan Ramadhan,’ (HR At-Tirmidzi).

Selain dari hadis tersebut, disebut juga dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim dijelaskan:

كَانَرَسُولُاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَأَجْوَدَالنَّاسِوَكَانَأَجْوَدُ(أَجْوَدَ) مَايَكُونُفِيرَمَضَانَ

Bermaksud, “Rasulullah SAW adalah orang paling dermawan di antara manusia lainnya, dan ia semakin dermawan saat berada di bulan Ramadhan,” (HR Bukhari dan Muslim).

“Raikan Syawal Dengan Kesyukuran” tahun ini dirasai bersama-sama dengan insan-insan yang tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang (DMPNP) dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh (DMPKT)  telah memilih untuk meraikan Seindah Syawal bersama pesakit kanak-kanak dan juga petugas-petugas di Wad Wad Melor 1 (11 orang kanak-kanak), Wad Melor 2 (23 orang kanak-kanak), Wad Kenanga 1 (22 orang dewasa, 3 bayi), Wad Kenanga 3 (20 orang dewasa) dan Wad Kenanga 4 (22 orang dewasa,  4 orang bayi) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, Pahang semalam 3 Jun 2019 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1440.

Program berjalan dengan lancar dan meriah sekali serta mendapat sambutan yang sangat baik dari petugas-petugas wad dan pesakit yang diziarahi. Turut hadir dalam program ini ialah Ustazah Salamiah Mohd Nor selaku Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang, Dr. ‘Uyun Abdul Malek selaku Pengerusi LKK DMPM, Saudari Dalmah Bt Ismail selaku Pengerusi LKK DMPNP, Ustazah Alauwiyah bt Khasdan selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh serta muslimat dan ahli-ahli jawatankuasa LKK DMPM, LKK DMPNP dan LKK DMPK Temerloh.

Dalam program Seindah Syawal tersebut, hasil dari sumbangan para dermawan, pesakit-pesakit dan petugas wad telah menerima hadiah berupa hamper dan sijil penghargaan untuk petugas serta kuih bahulu dan duit raya untuk pesakit kanak-kanak.