Home Artikel PAS Perak

Muslimat PAS Perak Rakam Tahniah Keatas Perikatan Nasional

803
SHARE

 

IPOH: Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Perak, Dr Najihatusalehah Ahmad merakamkan ucapan tahniah ke atas pembentukan kerajaan baru negeri Perak yang di umumkan oleh mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faisal Azumu baru-baru ini.

“Saya berharap agar pembentukan kerajaan baru dengan jumlah stabil 32 kerusi ini dapat memberi manfaat yang besar kepada rakyat khususnya untuk memelihara kedudukan Melayu dan Islam,” terang beliau.

Ketika ditemuramah wakil media, Dr Najihah turut menyatakan kepercayaan beliau terhadap kerajaan negeri Perak yang baharu ini akan melaksanakan pemerintahan yang terbaik untuk rakyat negeri itu.

“InsyaAllah pastinya melalui pengambilalihan kuasa ini, Exco-exco yang berintegriti akan terpilih untuk dibarisi dalam barisan kerajaan. Inilah sebenarnya (yang) rakyat harapkan. Pemimpin yang berintegriti dan membela nasib rakyat,” jelasnya.

Kesempatan itu, Dr Najihah turut berpesan kepada semua ahli dan penyokong dari ketiga-tiga parti komponen yang bermuafakat di Perak agar tetap tenang dan bersabar menanti pembentukan barisan pimpinan negeri Perak yang lengkap, pada esok hari.

“Dalam tempoh terdekat ini, pastinya sebuah barisan pimpinan baharu bakal terbentuk dengan baik. Marilah sama-sama kita berpakat untuk mentadbir negeri (Perak) ini dengan lebih baik demi kesejahteraan bersama rakyat Perak yang berbilang kaum,” ujar beliau.