Oleh : Natasya Samsure 09 Disember 2020
PAPAR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Papar melalui Lajnah Kebajikan telah menziarahi sebuah keluarga di Kampung Pengalat Besar yang telah diuji dengan kehilangan seorang ahli keluarga pada hari ini.
Turut hadir dalam ziarah ialah Ketua Muslimat PAS Papar, Puan Siti Aisyah dan Naib Ketua Muslimat PAS Papar, Puan Noor Azimah serta seorang ahli Dewan Muslimat PAS Papar, Puan Sarah.
Allahyarham Azlan Bujang merupakan pesakit buah pinggang kronik merupakan asnaf yang pernah dikunjungi oleh pihak PAS Papar beberapa kali dan sempat menghadiahkan kerusi roda kepadanya.
“Semoga Allahyarham diberi sebesar-besar keampunan dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman,” ujar Puan Aisyah.
Sedikit sumbangan berupakan barangan dapur dan sedikit bantuan kewangan telah disalurkan kepada balu Allahyarham bagi menampung perbelanjaan pada hari-hari yang mendatang.
Dewan Muslimat PAS Papar mendoakan semoga keluarga Allahyarham diberi kesabaran dan kesihatan yang baik.