Natasya Samsure
12 September 2020
PAPAR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Papar telah mengadakan program Ziarah ‘al-malak’ pemimpin-pemimpin masyarakat di Kampung Benoni Papar di sini kelmarin.

Ziarah yang diketuai oleh Ketua Muslimat Kawasan Papar, Aisyah Abd Rahman telah mengunjungi rumah Rukayah Ampuan Ismail.

Rukayah 64 tahun telah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dua lagi telah berkerja .
Turut hadir dalam program tersebut, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Papar, Azizah Salleh, Ketua Ameerah, Dg Shahrizan Ag Ahmad dan AJK Briged Muslimat .
Aisyah turut menzahirkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk menziarahi Rukayah sekali gus memberi ibrah dan pengalaman Dewan Muslimat PAS Papar.
Tambahnya, program ziarah al-malak ini diharap dapat melebarkan lagi sayap perjuangan PAS sekali gus menjadi medan memperjuangan kebajikan masyarakat .
Sementara itu, Rukayah ketika ditemui, merakamkan penghargaan kepada Dewan Muslimat PAS Papar atas kunjugan dan mengharapkan hubungan silaturahim dan ukhuwah bertambah erat.