Home Berita PAS Pahang

Muslimat PAS Pahang lonjak imej mantapkan organisasi parti

146
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

TEMERLOH, 13 Jun ♦ Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Pahang telah memantapkan kepimpinan parti dengan memahami perlembagaan dan pengurusan organisasi.

Menerusi satu bengkel yang berlangsung di Balai Islam Sungai Gau di sini kelmarin, telah dibincangkan jalan penyelesaian beberapa isu dan masalah yang berkaitan dengan perlembagaan, pengurusan lajnah-lajnah dan juga organisasi di peringkat DMP.

Pengarah Program Ustazah Hamidah Hj. Daud yang juga Timbalan DMP Negeri Pahang berkata, setelah beberapa tahun berlalu, pimpinan-pimpinan berubah sama ada di peringkat kawasan dan dewan terdiri di kalangan pimpinan yang baharu.

“Kita merasa beberapa perkara perlu diperhalusi terutama yang tidak mengikut peraturan Perlembagaan PAS, dan perlu dihadamkan oleh pimpinan demi memperkasakan parti,” tambah beliau lagi.

Bengkel tersebut dibimbing oleh Setiausaha DMP Malaysia, Dr. Nurul Hani Mohd Ali yang sangat berpengalaman dalam pengurusan organisasi berpandukan dasar Perlembagaan PAS.

Program yang dihadiri lebih 200 orang peserta dari 14 Dewan Muslimat PAS Kawasan seluruh Negeri Pahang itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua DMPN Pahang Ustazah Salamiah Mohd Noor.