Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Muslimat PAS Negeri Sembilan penuhi hasrat dapat basikal baharu

76 views
SHARE
SEREMBAN: Keperluan seorang pelajar menggantikan basikal usangnya dengan yang baharu untuk ke sekolah telah dipenuhi oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan.
Sumbangan itu telah disampaikan kepada pelajar itu oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Sembilan, Masita Mohamed Ali di kediaman datuknya, Kamarul Baharin, di Taman Sri Pulasan, Jalan Labu, di sini kelmarin.
Rombongan itu turut memberikan sumbangan berupa barangan dapur kepada keluarga itu yang turut menyara tiga cucu lain di mana dua darinya bersekolah di tahun satu dan empat.
Lebih mencuri keprihatinan Muslimat PAS adalah ujian dipikul Kamarul yang juga menjaga isterinya, Siti Kamala Nikma kerana keadaan kesihatan disebabkan beberapa penyakit dihadapinya.
Justeru, Masita sedang berusaha untuk menguruskan saluran bantuan sewajarnya boleh dipohon keluarga itu bagi menyara keperluan mereka. – HARAKAHDAILY 7/2/2018