Home Berita PAS Pahang

Muslimat PAS Kuantan ziarah guru-guru PASTI

234
SHARE

Oleh FARIDAH KAMARUDDIN

KUANTAN, 19 Mei ♦ Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Kuantan mengadakan program menziarahi guru-guru sempena Hari Guru mensasarkan premis PASTI dalam Parlimen ini sepanjang minggu ini.

Program dengan kerjasama Majlis Guru PASTI (MGP) menerusi Lajnah Pendidikan (LajPen) itu telah bermula 16 Mei 2023 hingga semalam.

Rombongan dipimpin oleh Ketua MGP, Nor Hariati Juhar, bersama wakil DMP, Ustazah Rosmani Mustafa dan Ketua LajPen, Faridah Kamaruddin telah mengunjungi 18 buah PASTI di sekitar Kuantan.

Matlamat program ini adalah untuk membina satu hubungan yang erat dan ikatan ukhuwah di antara satu sama lain, secara pendekatan santai, prihatin dan mesra.

Rombongan turut membawa sumbangan berupa kek, khas untuk para guru PASTI dan pelajar.

Program tersebut yang merupakan program tahunan telah mendapat reaksi yang sangat positif di kalangan para guru apabila mereka merasa terharu di atas kunjungan itu serta berharap akan disusuli dengan lain-lain program serupa itu di masa hadapan.